IPOH: Juara bertahan, Malaysia mempamerkan aksi hebat apabila mengejutkan pasukan nombor 10 dunia New Zealand 6-4 pada perlawanan ketiga Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2024 di Stadium Hoki Azlan Shah di sini malam tadi.
Kemenangan kedua Speedy Tigers selepas membenam Kanada 6-2 kelmarin menyaksikan penyerang Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal melakukan hatrik kedua pada perlawanan dalam keadaan cuaca hujan.
Bagaimanapun, anak buah Sarjit Singh tidak menunggu lama untuk merobek gawang pasukan Sukan Olimpik Paris 2024 itu dengan jaringan padang Faizal Saari seawal minit kedua perlawanan.
Malaysia, pasukan ranking ke-13 dunia, menambah jaringan kedua tiga minit kemudian menerusi pukulan sudut penalti Muhammad Azrai Aizad' sebelum pemain muda Azimuddin Syakir Kamaruddin menceriakan kira-kira 4,000 penonton dengan jaringan ketiga pada minit keenam.
Muhammad Azrai Aizad sekali lagi menemukan sasaran apabila menyudahkan hantaran cantik Shello Silverius pada minit ke-14 untuk mengukuhkan kedudukan sebelum skuad Black Sticks bangkit untuk mengejar ketinggalan 3-0.
Jake Smith menghasilkan gol pertama New Zeland menerusi jaringan padang pada minit ke-19 dan pukulan penalti pada minit ke-28 oleh Jonty Elmes.
New Zealand, juara dua kali mempunyai peluang untuk merapatkan jurang menerusi pukulan penalti kedua daripada Elmes dengan hanya 18 saat sebelum rehat tetapi penjaga gol Muhammad Hafizuddin Othman menepis bola di sebelah kanan untuk mengekalkan kedudukan 4-2.
Selepas suku ketiga tanpa jaringan, Speedy Tigers meneruskan pesta gol pada suku terakhir apabila Muhajir Abdul Rauf menolak masuk hantaran Muhammad Azrai Aizad pada minit ke-52.
Jurulatih New Zealand Greg Nicol kemudian memilih 'power-play' v(tanpa penjaga gol dengan memasukkan pemain lain) dan percaturan itu membuahkan hasil dengan jaringan pukulan sudut penalti Scott Cossslett pada minit ke-58.
Bagaimanapun, taktik itu membawa padah apabila Speedy Tigers menjaringkan satu lagi gol pada minit ke-60 menerusi serangan balas daripada Muhammad Azrai Aizad untuk melengkapkan hatrik kedua pemain berusia 24 tahun itu.
Issac Houlbrooke menjaringkan gol keempat New Zeland pada 18 saat perlawanan tamat untuk aksi menghirkan itu berkesudahan 6-4.
Muhammad Azrai Aizad menjaringkan hatrik pertama ketika menentang Pakistan Sabtu lalu.
Malaysia tewas tipis 5-4 kepada Pakistan sebelum bangkit untuk menewaskan Kanada 6-2 manakala New Zeland membelasah Kanada 7-2 dan tewas 1-4 kepada Jepun.
Sarjit menyifatkan jaringan awal di sebalik kesilapan lawan membolehkan mereka mendahului 4-0 sebelum membenarkan New Zealand bangkit semula.
"Barisan depan memainkan peranan hebat dan perlu memperkukuhkan bentang pertahanan ketika di bawah tekanan pihak lawan dan semua pemain menampilkan aksi yang komited dan secara perlahan-lahan kita akan berada di tahap yang sepatutnya,"katanya pada sidang media selepas perlawanan itu.
Beliau memuji prestasi penyerang Faizal, wira hatrik Muhammad Azrai Aizad dan penjaga gol Muhammad Hafizuddin yang dinamakan pemain terbaik perlawanan.
Sarjit menuntut anak buahnya untuk sekali lagi menampilkan aksi terpuji apabila menentang Jepun Rabu ini.
Selepas tiga perlawanan dalam pusingan round-rbin, Pakistan mengungguli kedudukan dengan kelebihan jaringan apabila berkongsi tujuh mata dengan Jepun diikuti Malaysia (enam mata), New Zeland (3), Korea Selatan (3) dan Kanda tanpa sebarang mata.
Dua pasukan teratas akan mencabar gelaran manakala pasukan ketiga dan keempat bersaing untuk kedudukan pingat gangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 08 2024
Pemain Malaysia Norsyafiq Sumantri (tengah) memukul bola ketika bertemu pasukan New Zealand pada saingan Piala Sultan Azlan Shah ke-30 di Stadium Hoki Azlan Shah. - Foto BERNAMA
Dua maut, lima hilang bot dan kapal bertembung
Lapan orang dewasa berada di atas bot bermotor kecil itu ketika berlaku perlanggaran.
Serpihan komet melalui langit Portugal, Sepanyol
Fenomena astronomi berkenaan dapat dilihat dengan jelas di pelbagai bahagian di Sepanyol dan Portugal.
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
Hatrik Muhammad Azrai Aizad bantu Speedy Tigers kejutkan New Zealand 6-4
Sarjit menuntut anak buahnya untuk sekali lagi menampilkan aksi terpuji apabila menentang Jepun Rabu ini.
SASC: Speedy Tigers bangkit tewaskan Kanada 6-2
Pasukan hoki lelaki negara bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Kanada 6-2 pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-30, malam ini.
Beri ruang dan masa untuk Speedy Tigers berwajah baharu - Sarjit
Sarjit menyeru rakyat Malaysia untuk memberi masa dan ruang kepada Speedy Tigers berwajah baharu untuk berkembang menjadi pasukan yang kuat menjelang edisi ke-30 Piala Sultan Azlan Shah.
Sarjit bayangkan empat pemain senior sertai Speedy Tigers
Sarjit akan menyenarai pendek 18 pemain daripada 30 pemain untuk kejohanan jemputan di Ipoh dari 4-11 Mei.
Tugas jurulatih cabaran berbeza buat Mohamad Sukri
Pertukaran daripada seorang pemain kepada jurulatih disifatkan sebagai suatu cabaran berbeza oleh Mohamad Sukri Abdul Mutalib yang dilantik sebagai penolong jurulatih skuad Speedy Tiger.
Ahmad Najmi pengurus baharu Speedy Tigers
Subahan berkata, Ahmad Najmi merupakan calon yang sesuai untuk memegang jawatan tersebut.
Sarjit umum 30 pemain Speedy Tigers esok
Senarai itu akan dikecilkan dengan 18 pemain bakal disenarai bagi menyertai saingan Piala Sultan Azlan Shah pada 4 hingga 11 Mei depan.
Speedy Tigers perlu lebih pendedahan tahap tinggi - Arul
Arul berkata pemain perlu biasakan diri beraksi dalam tekanan menentang pasukan gergasi menerusi perlawanan berintensiti tinggi.
Sarjit jurulatih baharu Speedy Tigers
Sarjit yang merupakan jurulatih pasukan hoki Johor pernah mengendalikan skuad Speedy Tigers dari Januari 2007 hingga Disember 2008.
Permohonan jawatan ketua jurulatih Speedy Tigers dibuka Selasa
Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) sedang mencari ketua jurulatih baharu untuk pasukan lelaki selepas kontrak A. Arulselvaraj tamat berikutan kemelut kelayakan ke Sukan Olimpik 2024.